Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, January 4, 2014

Lempeng pekak cicah sambal sadin leftover...

 salam hujung minggu semuanya... bekpes dihari sabtu pertama tahun 2014 yang sangat best... lempeng pekak cicah sambal sadin sedap leftover...camner dapat nama lempeng pekak kak rose pun x tau tp mmg sedap pada jawa cam kak rose yg mmg suka makan lempeng... cicah apa pun la...ok jer. yang penting jimat dan perut pun kenyang... meh tengok resepi lempeng pekak dari CMG ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh baking powder (optional) (kak rose x letak pun...)
1 1/4 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa
Sambal tumis sebagai pencicah


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali sambal tumis, kacau rata dengan whisk, atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Biar 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser sedikit minyak masak, mat cuma sapu permukaan pan tu dengan paper towel bersih yang dicelup dalam sedikit minyak. Bila panas, tuang 1 senduk bancuhan lempeng, ratakan.
  3. Bila bahagian tepi nya kelihatan mengecut dan renggang dari pan, berhati2 terbalikan dan masak hingga perang keemasan, pada kedua2 bahagian. Alih dalam pinggan dan lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis....

2 comments:

Bicara Kak Noor said...

kalau sedang lapar pekak pun habis ni kak Rose haha, apa lagi ada sambal sardin tu ngancemmm

Kak Rose said...

betul sangat tu Noor, lagi pulak cuaca mendung n hujan.... lapo memanjang!