Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, January 3, 2014

Kuih untuk pagi ni...

 apam pisang.... kuih untuk majlis bacaan surah Al-Khafi pagi ni...nak bawak buah tangan pun cari yang mudah2 je nak sediakan...yang penting boleh buat alas perut lepas bacaan tu kan.... bawak pun tak banyak ramai jemaah yang bawak sama...so sorang sikit lama2 jadi banyak...macam2 kuih, mee hoon, nasik lemak pun ade! penuh meja tuan rumah! untuk resepi apam pisang ni kak rose guna resepi ni. mekasih ya..

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega dicairkan (boleh ganti dengan minyak)
4 biji telor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (kak rose kurangkan jadi 3/4 cawan je... tu pun masih manis, len kali kena kurangkan lg!)
secubit garam

cara-cara

tepung gandum diayak dengan baking powder n soda.
pisang dilecek halus dan digaul dengan garam
pukul telor bersama gula, masukkan mentega cair
masukkan tepung dan gaul rata
tuangkan kedalam loyang yg telah disapu butter
kukus selama 45 minit (kak rose kukus 15 mts je sbb guna cup kecik2)

cara kak rose yg malas: masukkan semua dalam blender kecuali tepung dan blend hingga halus, pas tu baru lah masuk tepung n gaul rata.
 antara jemaah muslimah yang hadir untuk bacaan pagi ni....

nak jugak enter frame.... muka lapo lepas selesai bacaan.... x bekpes lagi.

1 comment:

Bicara Kak Noor said...

kuih pagi akak tnegok malam pun macam terliur je ni kalau dpn mata mmg dah ngap ni...