Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, January 11, 2014

Nasi ayam butter lagi....

 lunch kami tengahari tadi.... buat nasi ayam butter pun macam emergency jer, maklumlah tak plan nak masak pun. sbb sllunya bila hujung minggu jer mmg gantung piok n cari dapo kat merata2.... dasar pemalaskan! tapi bila lama sangat x masak nasi, nak jugak panaskan dapo tu,  dah nak tenghari baru kuorkan ayam yang keras kejong dalam freezer tu...nak cepat thaw terus jer masuk dalam microwave n rebus... dan in one and half hour, readylah nasi ayam butter emergency ni...kak rose kongsikan resepinya kat sini untuk sapa2 yang nak cuba....mekasih hana.

Bahan-bahan
UTK NASI

  • 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk (kak rose x letak)
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong (kak rose guna 2 keping whole leg)
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.


UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.

  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.

UTK SOS MERAH

  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
  • (kak rose tambah 2 biji cili api - kasi pedas kaw2 punya)
blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api. (kak rose x masak pun, terus cam tu jer pun dah sedap!)

UTK SOS HITAM@KICAP
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )
Campurkan semua. ketepikan. Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

 beras thai yang kak rose guna... jauh perjalanan sekampit beras ni....

and the dessert, kuih tepung pelita baki semalam punya yang bawak g majlis bacaan surah al-khafi

3 comments:

Bbwana adienia said...

salam kak rose..

uiyo..nampak sedap sangat la..tengah lapar ni..terliur la kak!huhu..

Azekzk said...

sedapnyer

Azekzk said...

sedapnyer