dan sebelum balik tu singgah tesco bli grocery sket... memang beli sikit jer pun dah 160+... apalah nasib rakyat macam kita ni... semuanya mahal kan... nak makan sandwich, beli sadin kecik tu pun dah 5.45, cukup buat sandwich untuk kami berdua... kalau keluarga yang ramai.... entah lah.... kalau dulu sadin ni lauk untuk kita masa hujung2 bulan, tetapi sekarng tidak lagi..... dan bergst lagi tu!
enough rambling, meh sediakan sandwich sadin ni... boleh jugak isi perut kan. resepi mudah dari Azie, mekasih ya..
Sandwich Sardin
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 tin sardin
Garam
3-4 ulas bawang merah - hiris
Air asam limau nipis
2 biji cili merah dan hijau
Timun
Tomato buah
Bawang besar
Roti
Butter
Cara cara:
Panaskan
minyak dan tumis bawang merah yang dihiris sehingga wangi. Masukkan
sardin yang telah dilecek. Masukkan sedikit sos sardin. Kacau rata
sehingga nampak masak. Masukkan cili yang telah dihiris. Masukkan garam
dan air asam limau nipis. Angkat. Sudukan lebihan minyak.
1 comment:
ahhh..sedap ye..
Post a Comment