Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, October 26, 2015

Laksam

 Asalamaualikum dan salam pagi isnin.... semuga kita semua dalam lindungan Allah yang maha pengasih dan masih diberi peluang untuk menyediakan juadah untuk hidangan keluarga.... laksam ni kak rose buat hari sabtu lepas...memang terasa sangat nak makan selepas beli masa bulan puasa tu tapi tak dapat makan sebab dah basi sewaktu nak jamah masa berbuka... lepas tu memang rasa jeran nak beli... apa pun yang terbaik adalah sediakan sendiri je... so ini lah dia....

Bahan-bahan untuk laksam

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
 kuah laksam in the making.... berposing atas dapoq

bahan kuah:

  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula

 ulam2... asam limau terlupa nak enter frame lak....

Bahan ulam

  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan (kak rose x makan so gantikan ngan udang kering)
  • garam
  • limau
Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

baru puas ... berulang-ulang makan!

4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

laksam... lama sy tak makan.. buat sendiri memang tak pandai.. hihi

Kak Rose said...

SK, kak rose ni tak pandai gak nak buatnya... terima kasih pada sifu2 blogger yang pandai dan kongsikan resepi... dapatlah mencubanya.

Nadz Nazharzan said...

Assalamualaikum kak Rose..
Wah, blog akk masih aktif lagi....Lama betul Nadz x blog walking.

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Nadz... nyawa2 ikan jer pun blog ni...