resepi mudah dari CMG,.... nak jugak kongsikan kat sini... mekasih ya.
BAHAN-BAHANNYA :-)
70 g udang geragau kering (kalau yang segar, guna 150 g)
1 biji bawang besar, didadu
1 biji kentang, didadu kecil2 (kak rose gantikan dengan carrot yg disagat)
1 biji cili hijau hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 tangkai daun sup, hiris
3/4 camca teh garam
1 camca teh baking powder
2 cawan tepung gandum
1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili, sebagai pencicah
udang geragau yg kak rose beli... tak kering sangat, masih montok montok!
CARA MEMBUATNYA :-)
Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus, jadi bila rendam pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buang kotoran, cuci dan toskan.
Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau/merah, daun sup, kentang, kentang dan garam. Gaul rata.
Masukkan tepung dan baking powder, kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di"jemput" dengan tangan untuk dibuat cekodok.
1 comment:
lepas ni kena cari si geragau la pulak kakrose sbb dah terhingin tengok
Post a Comment