Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, October 7, 2015

Sup cendawan berkerim

 Buat creamy mushroom soup ni untuk dinner petang semalam... dinner yang simple tapi sangat mengenyangkan... sedap la buat kak rose.... tak payah nak g pizza hut dah, kita buat sendiri jer... dapat makan bertambah2. dan roti pun suka suki kita nak yang mana... tak payah garlic bread pun kenyang jugak kan... kita yang buat dia.

 resepi nya kak rose copy dari sini... mekasih kongsikan ya, tapi kak rose ade memandai tambah ayam cincang dan dried oregano dalam tu...Alhamdullilah, tetap sedap. kak rose tepek kat sini ya..

Sup Cendawan Berkrim
 
100 gram cendawan butang jenis segar
600 ml air
1 tin susu sejat
1 kiub ayam
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 camca besar mentega
50 gram tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa dan sedikit lada hitam
Sedikit cincangan daun parsley -  untuk hiasan (kak rose gantikan dengan daun pudina)

sekeping dada ayam - cincang halus
sedikit dried oregano
 

 Cara Membuatnya :

Cendawan dibasuh. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan. Dalam kuali panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja.  masukkan ayam cincang, tumis hingga masak baru Masukkan tepung dan kacau rata. Gunakan api kecil.

**Masukkan ayam cincang dan tumiskan hingga bertukar warna baru masukkan tepung.

Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula. (kak rose omit yg ni, suka yang ade ketul2 dalam sup tu)

Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada putih dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta roti bawang putih jika suka.
 
 
dan buah2nya, kiwi dan betik.... Alhamdullilah dengan rezekinya.

No comments: