resepi ni ak rose copy dari blog CMG, tapi kak rose buat dua cawan kacang jer.. so pepandailah nak adjust resepi ni untuk suaikan dengan jumlah kacang tu...
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1 cawan gula pasir*
2 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
1 liter santan segar1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian, ambil isinya (che mat guna kurang lebih 10 ulas durian)
1/2 camca teh garam
Air secukupnya
Gula jika perlu
Biskut atau roti untuk dimakan bersama bubur kacang nanti
CARA MEMBUATNYA :-)
- Rebus kacang hijau hingga kembang (kalau guna periuk tekanan tak perlu rendam, cuma perlu rebus 5 - 7 minit atau ikut buku panduan periuk tekanan masing2). Masukkan daun pandan, durian dan air gula tadi. Kacau dan masak hingga mendidih. Tambah air jika perlu.
- Tuang santan. Masukkan garam. kacau dan masak hingga mendidih, jika anda suka bubur kacang yang cair, boleh tambah sedikit lagi air dan biar mendidih. Rasa dan jika anda rasa kurang manis, anda bole tambah gula pasir. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama roti atau biskut...sedap juga dimakan sejuk...hmmmm..
No comments:
Post a Comment