Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua... quick entry pagi ni nak tepek lauk simple berbuka petang semalam.... selalunya kak rose buat list n tepek kat sini tapi kali ni macam x sempat jer... nak mulakan perjalanan balik kampung rumah mil kat kelantan... peluang berbuka puasa dengan mil n family kat sana pulak... doakan perjalanan kami selamat sampai kedestinasi ya kawan2... dan entry selepas ni adalah auto post hingga la ahad nanti, Insya Allah....sabo jer la kan.
resepi ni kak rose dapat dari wall fb, terima kasih pada yang kongsikan..
Bahan-bahannya:
4 ketul ayam - dihiris kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah - dihiris serong
11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje (pepandai la nak adjust kepedasan ya)
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
2 biji putik jagung - dihiris serong
1/2 biji karot - dihiris serong
2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci (yg ni kak rose x de, gantikan ngan capsicum )
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
garam
1 cawan air
Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
Masukkan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
Tutup api dan hidangkan.
2 comments:
Salam kak rose.. sedap tu padprik ayam.. kalau erma 1 lauk cukup sebab lebur semua sayuran lam tu.. hihihi memang best menu akak..nyum2
wahhhh bestnye...
Post a Comment