Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 5, 2012

Bingka kelapa pandan... lagi

Salam jumaat yang mulia semuanya. wat lagi bingka  nih... simple n sedap pada kak rose ler, tu yang buat berulang2 dan nak jugak tepek kat sini.... tp kali ni terhangus lak! hangus pun tp ttp sedap tau... garing diluar lembut je kat dalam dia... meh kak rose tepek lagi sekali resepinya kat sini. mekasih pada Kak Wan, tuan punya resepi asal nya.

Bahan-bahan
  • 200gm kelapa parut putih
  • 80gm gula pasir
  • 150gm tepung pulut
  • 1 biji telur A - di pukul ringan
  • 4 sudu besar air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka

Cara-cara:
  1. Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
  2. Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
  3. Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.

3 comments:

JaSSNaNi said...

As Salam kak rose...
wahhh comel2 nye bingka ni.. nampak sedap.. ni boleh test.. bahan ada.. kasi order sama mr mama.. hehehehe

mamawana said...

loveliciously....

Unknown said...

Nampak sangat sedap. Dan2 rasa lapar :-)

Salam kenal,

Follow u. Jemput singgah blog saya.Ada contest. Cuma perlu LIKE fanpage saya untuk menang. Saya mencari 2 pemenang. Hadiah bernilai RM60. Bilangan pemenang mungkin ditambah jika penyertaan memberansangkan :-)

http://mama-iloveu.blogspot.com/

TQ.