Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, October 10, 2012

Puding roti n epal edisi hangus!

 habis suma ceri merah hijau, apple n kurma topping tu jadi hitam kelam!

puding ni kak rose buat petang semalam..... tp sangatlah hangusnya sbb sendiri punya carelessness... dah siap suma2 masuk je dalam oben terus tinggal ngadap komputer... dalam 15 minits cam tu maka terbaulah harum? kehangusan yang sangat kuat.... berlari kedapur bila tengok mmg dah hanguslah topping puding kak rose ni.... dah lah letak ditray yg atas sekali dengan api atas saja! apa punya careless kan. x perasan sungguh kedudukan knob api oben antik kak rose tu... nak buat camner kan, atas dah hangus tp bahagian bawah masih basah berair lg... so amik foil, tudung la atas dia n bukak api bawah saja hangus hitam kelam pun nak jugak buat entry ni..... buat pengajaran diri sendiri, bila nnti nak guna oben tu kenapastikan kedudukan knob api tu kan!


walaupun hangus dibahagian atas, tp masih boleh diselamatkan... dan selamat lah masuk perut untuk kami minum petang semalam... tima kasih pada Ros Sinaran Menu kerana resepinya dan kak rose pernah buat dan jadi dengan eloknya kat sini.. nak jugak g tau! he he he

10 comments:

Unknown said...

suke mkn yg hangus2 kat atas tuh...hehe

yan's cottage said...

salam kak ros....
hangus2 pun habis juga kan....yang penting sedap mesti habis dengan kerak2 sekalikan....

cahayahidupku.blogspot.my said...

Hahaha ingat resepi baru kak rose.. rupanya hangus sudah... tapi masih boleh makan okey lah :D

mas kitchen said...

walaupun hangus..masih menyelerakan...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

kak Rose,hitam-hitam sitampok manggis tu...

Qasey Honey said...

la kak Rose..cmne leh hanguss tu..hehe..nasib baik bhgn bawahnya bleh dmkn lg..

eira eixora said...

salam kenal kak rose =) walaupun hangus tetap nampak sedap puding tu. rasanya saya da kena start rajin masuk dapur dan cuba resepi macam2. selama ni ada perangai M sikit...

azieazah said...

Syukur masih ada rezeki wpun hangus tu bleh tangan juga ya.

Tengok sudu kecik tu buat saya tingat sudu kecik yg saya pakai bertahun-tahun di opis utk bancuh Nescafe. Sebijik serupa tu lah. Tapi dah lama pun hilang ntah di mana tersorok. Teringat la pulakkkk...

Unknown said...

tu la kak rose...ngadap komputer sampai lupa diri...hehe...zana aelalu mcm tu. Cuma skrg bnyk guna tablet, boleh la bw kedapur...kebilik air..haha.
Hangus pun sodap kakrose ye?

Kak Rose said...

Pezol... pahit. tp isinya masih elpk jer.

yan's cottage, betul sangat tu... berkerak pun sedap gak.

hayati, resepi baru yang merosakkan! tp nasib baik masih ada rezeki nak menikmatinya!

mas, habis gak kena ngap!

Ros, he he he... rosak resepi!

QH, salah sendiri... konpiden jer knob oben tu duk kat bottom! sudahnya... sendiri tanggung la kan.

eira, buang sket M yg ada tu, meh masuk dapur....

azie.... he he he sudu pree. kena cari sampai jumpa tu... nostalgia!

zana, yang ada desktop jer... asik berlari kedapur kedepan. dah sakit tangan ni, en somi nak blikan tablet tu... tp rasa x perlu lak!