sambal kicap soto ni kak rose buat untuk makan2 semalam... ikut resepi ni mmg pedas kaw2 punya, jadi kak rose kurangkan cili, so pandai2 la nak ejas ikut kepedasan memasing ya. mekasih pada tulip77 yang sharekan resepi sambal ni. sllu jugak kak rose buat sambal kicap ni tp x guna resepi sbb buat pun sikit jer, bila nak buat banyak kenalah cari resepi yang sempurna... dan alhamdullilah disukai oleh kawan2 yg datang. mekasih sekali lagi ya. kak rose buat 2 kali ganda resepi ni tp guna separuh je dari sukatan cili api tu.... pedas woi!!!!.
Bahan-bahan
- 200g cili api hijau (kak rose kurangkan separuh)
- 1 botol kicap manis cap kipas udang
- 2 labu bawang putih
- 4 senduk minyak
- 1/2 st garam
- gula secukup rasa
- 1/2 cawan air (kak rose omit yg ni... guna kicap sepenuhnya)
Cara-cara
- Panaskan minyak,goreng bawang putih hingga kekuningan,angkat dan ketepikan.
- Dalam minyak yg sama, goreng cili api hingga masak. Peringatan : kuali mesti ditutup semasa goreng cili api sbb meletup2 semasa digoreng. Lepas 8-10minit atau hingga cili api tdk meletup lagi,boleh lah diangkat.
- Biarkan sejuk seketika. Kemudian ambil bawang putih dan cili api yg telah digoreng tadi utk diblend. Masukkan juga garam,gula,kicap manis dan sedikit air.
- Rasa masin & manisnya,adjust mengikut kehendak masing2. Air perlu diagak2 jgn terlalu byk jika tidak sambal kicap jadi terlalu cair.
- Disimpan di dalam balang kaca di dalam peti sejuk utk tahan lebih lama. Sedap makan dengan pisang atau keledek goreng dan juga soto.
4 comments:
sedap ni kalau cicah ngan goreng pisang rangup2 tu.. uwaaa.. smlm cari goreng pisang kat gerai2.. tak de pulak org berniaga hari ahad kat area rumah tu.. uwaaaa.. nak cari petang ni plak.. hihihi
salam kak Rose...yerr...saya mmg suka respi ni...sejak jumpa respi sambal kicap ni, tak pandang dah respi lain...mesti ada jer dalam esbox tu..makan dengan magie, cicah pisang goreng,fun fries, dll..
memang fav!!
Aslmkum semua ,kat ukay perdana ada akak jual pisang goreng disertakan sambal kicap..mmg torrrbaek pisang they all crunchy plak tu..btw sambal kicap yg byk bwg putih bleh buat pijo mulut woo..
Post a Comment