Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, October 15, 2012

Selamat pengantin baru Anuar n Nadia

 Agenda hari sabtu, pagi2 lagi kami dah bertolak ke kluang, johor untuk majlis persandingan anak buah kak rose ni... anak sulung kepada abang. minggu lepas masa majlis pernikahan dan resepsi kat rumah perempuan mmg x dapat hadir. kali ni kenalah hadir kan diri dan maaf pada Kak Ani n Abang Lan sbb x dapat hadir kenduri kat Rawang tu ya... perjalanan ke Kluang sangat memakan masa... dah lah jem sesangat kat area seremban dan ditambah pulak hujan yg sangat lebat.... dan yang membuat perjalanan sangat slow ialah kamera AES tu.... puas merujuk list yg ada ditangan tp x nampak satu pun yg terpacak ditepi jalan. kat mana lah depa pasang tu ya? atau belum pasang lagi disepanjang lebuhraya utara selatan tu? sayang je duit nak bayar saman nnti kan!

 persembahan tarian dari anak2 murid bapak pengantin.... lama x tengok tarian zapin 

kek cokelat lapis bluberry yang sangat nyum nyum....

 sambil makan beradap dengan iringan paluan kompang ni

 camerma woman kecit yg sangat ligat... anak buah yg x reti duk diam!

majlis yang mempertemukan kawan satu kelas semasa darjah enam.... Satriati Yaacob, yg jadi pencabar untuk dapatkan nombor satu dalam peperiksaan akhir tahun sejak dari darjah satu sampai darjah enam! jumpa jugak kawan sekelas masa sekolah menengah, Montiah Taib... tp kan sangat kesal x ingat nak snap gambar pun... leka berborak dan akhirnya salam2 dan terus berpisah... Rosdamuna.... nama ynag mengingatkan betapa erat persahabatan waktu itu. harap nnti akan ada pertemuan lagi. insyaallah.

balik dari johor semalam terus g kelas memandu... nak cukupkan 8 jam belajar baru boleh test... adoyai!!!

1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Wah! best tu makan nasi pengantin.. kami sekeluarga ke Rawang kenduri kahwin tapi hari ahad kak rose :D