Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, November 25, 2018

Telor rebus halus mulus..

Asalamualaikum dan selamat pagi...

 Salam hari minggu buat semua... hari ni kak rose nak kongsikan camner nak rebus telor yang tak melekat kat kulit dan bila kupas sangat lah cantik, halus mulus kejadiannya.  kak rose dapat petua ni dari perkongsian di wall fb. dan bila buat menu nasik lemak untuk majlis bacaan surah Al-Kahfi kat rumah kak rose pun cubalah petua yang dikongsikan tu... Alhamdulillah memang menjadi. terima kasih pada yang tak lokek dengan ilmu dan petua tu... kak rose kongsikan kat sini pulak untuk yang ingin mencubanya ya...


1.       Basuh telor dan masukkan dalam periuk. Tak perlu tunggu air mendidih baru masukkan telor
2.       Masukkan sesudu garam dan sesudu minyak dalam periuk tadi
3.       Rebus lebih kurang 10-15 minit atau hingga air melegak
4.       Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas. Bila dah suam boleh la kupas


dan ni kak rose hidangkan sebagai dayang pengiring untuk nasi lemak bersama timun, sambal tumis udang kering dan ikan bilis bersama kacang tanah goreng. dan petua untuk membelah telor supaya jugak halus mulus tu kak rose guna kan benang sebagai pemotong. tapi sayang cuma ada gambo yang duk dalam mangkuk jer. tapi memang tabik lah sapa yang bagi petua tu.. terima kasih sangat2...

5 comments:

#JMBELOG said...

Terima kasih atas perkongsian peyua ini...

Selamat berhari minggu

Kak Rose said...

Sama2... terima kasih juga kepada yang kongsikan petua ni.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Cara rebus tu sama, cuma sy tak masukkan minyak. Lps siap rebus kena cepat2 buang air panas tu & gantikan dgn air paip. Kalu biar aje dlm air panas & tggu sejuk baru kupas tu nt melekat isi telur dgn kulit

Cik Matahariku said...

salam sis, saya pun selalu guna tips ini.Cuma saya tak letak minyak.Kalau nak telur rebus masak sedang elok, rebus sekitar 7 minit sahaja.warna Kuning telur pun cantik je nanti:)

Ann Ishak said...

terima kasih dengan perkongsian cara2 nak rebut telur ni kak :D