dengan peawat A380 bertolak pada jam 1300hrs, tetapi seawal 8 pagi kami dan kena berada di KLIA untuk urusan briefing dan penerbangan direct KL-Madinah yang mengambil masa _+8 jam dan 30 minits. pada awalnya flight ni sepatutnya terus ke Mekah, tapi 3 hari sebelum bertolak kami diberitahu tak dapat kebenaran mendarat di Jeddah... so en asben pun tak perlulah pakai pakaian ihram semasa penerbangan tu... dan kami bertukar pakaian di mesjid Airport Madinah... dan cabaran pertama bermula bila the only seliper yg en asben bawa telah hilang semasa menukar baju untuk berpakaian ihram sebelum meneruskan perjalan dengan bas ke Mekah...
sepanjang penerbangan boleh mengikuti flight status dan juga flight information...boleh la dapat tahu walaupun diatas awan, dinegara mana kita berada dan sedang dilalui oleh flight kita. jakun sekejap dibuatnya! baru berlepas so boleh la nak snap pix tentang flight status n info ni...
selepas 8.30 penerbangan dan _+6 jam perjalanan dengan bas, sampailah kami ke bumi Mekah... Syukur pada Mu ya Allah, menjemput kami menjadi tetamu mu..lepas refresh dan rehat sekejap, breakfast dan kami memulakan umrah yang pertama di ketuai oleh mutawif dari tabung haji.. dan masa ni kawasan keliling Kaabah sedang menjalani renovation, so banyak kawasan ditutup. dan tawaf pertama kami adalah ditingkat atas yang lebih jauh jaraknya... Alhamdulillah dipermudahkan walaupun dalam panas terik matahari, mampu melakukan nya dengan sempurna dengan bimbingan mutawif.
jumlah steps selepas selesai umrah... memang mencabar...
first day dihadapan clock tower..
selepas saie..
lawatan pertama..Jabal Thur
ke Jabal Rahmah
Umrah kali kedua, tanpa bimbingan mutawif
sambil memanti waktu soalt di tingkat atas...
bersama mutawif... mewakilkan wakaf untuk kedua arwah ibu bapa..
breakfast dimadinah... hotel Movenpick
hari terakhir diMadinah... waktu bebas yang kami guna sepenuhnya untuk melawat sekitar masjid
kami berlapan di Prince Mohammed Bin Abdul Aziz International Airport, Madinah bersedia untuk penerbangan pulang..
Alhamdulillah nak sampai dah... Syukur padamu ya Allah. segala urusan dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik sepannjang mengerjakan Umrah selama 12 hari.... setahun berlalu, semuga diberikan kesempatan untk menjadi tetamu Mu lagi Ya Allah. Insya Allah.
1 comment:
Alhamdulillah... Bertuah Kak Rose dapat menjadi tetamu di sana
Post a Comment