Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 19, 2018

Kuih gandos

 bila merayau2 didapo maya ni akan terjumpalah macam2 resepi dan kuih yang tak pernah jumpa resepinya... dan katanya asal kuih ni dari orang jawa... tak tau lah betul tak. tapi rasanya dulu2 pernah makan kuih ni, memang sedap lah... since ada berbagai resepi, kak rose cuba dulu yang ni kerana bahan2 ni jer yang ada didapo..

Resipi

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung pulut
1/2 cawan kelapa parut (putih saja, kalau dapat kelapa inti lagi cantik)
1/4 cawan gula
sedikit garam
air secukupnya

Campurkan semua bahan, untuk dapat adunan seakan bancuhan adunan nak buat kuih cara
Masukkan dalam acuan dan bakar. yang i kak rose guna acuan kuih dangai je.
 
 🍋🍋🍋🍋🍋🍋🍋🍋🍐🍐🍐🍐🍐🍐🍐🍐🍋🍋🍋🍋🍋🍋🍋🍋🍐🍐🍐🍐
 
 tapi lain kali teringin nak cuba buat dengan resepi yang lain pulak.. macam yang kak rose kongsikan ni..
 
Bahan-bahan
  1. 600 gm tepung beras
  2. 200 gm tepung gandum
  3. 2 sudu makan tapai nasi
  4. 500 gm kelapa muda parut putih
  5. 1200 ml santan dari 1 biji kelapa putih
  6. 1 bungkus yeast kering
  7. garam secukup rasa
  8. gula merah (gula tanjung)
  9. Inti / Jem nenas / pilihan lain boleh pilih coklat, strawberry, kelapa.
Cara buat kuih gandus
  1. Tepung beras, tepung gandum, tapai nasi, separuh bahagian kelapa muda, yeast kering, garam, serta santan digaul rata dan dikisar sedikit.
  2. Masukkan separuh bahagian lagi kelapa, gaul rata dan perap selama kira-kira satu jam atau hingga adunan naik berbuih.
  3. Panaskan acuan diatas dapur gas dan sapu sedikit minyak, kemudian tuangkan adunan tadi kedalam acuan anggaran tiga suku bahagian.
  4. Letak jem nenas atau pilihan inti yang digemari, kemudian ditutup lagi dengan adunan tepung agar jem tenggelam lalu dibakar kira-kira 10 minit atau hingga kuih gandus tadi kuning keemasan dan masak.
 
 

No comments: