Jumpa lagi 2019 nanti...
habis mengaji, maka terus lah open table.. macam2 ada, periuk pun duk atas meja!
ni jer yang kak rose dapat sediakan... ikan siakap tiga rasa dan nasi seperiuk!. almost a kg ikan ni, nak goreng pun x muat kuali. terpaksa senget2kan kuali antik kak rose tu... hihi
pilih jer mana satu yang berkenan dihati... ayam masak merah, ayam masak portugis, sambal cendawan, sayur kacang goreng dengan hari ayam, ikan bakar cicah air asam...
kari ikan tanpa santan, masak asam batang keladi, ikan goreng berempah, ikan jeket bersambal belah belakang.... apam pandan, tepung talam gula melaka, kuih seri muka, strawberry tat, pgm cake pun ade!
untuk yang suka lauk kampung... pucuk daun kayu masak tempoyak... tapi yang paling sedap buat kak rose ialah sayur lemak gandingkan dengan ikan masin 😋😋terima kasih semua yang bersama menjayakan program makan2 ni dan berjemaah menternak lemak lah kita ya. dan akhir sekali terima kasih buat ustazah berdua yang tak jemu untuk mengajar kami2 semua... semuga Allah memberkati usaha anda dan kita semua. Aamiin.
No comments:
Post a Comment