Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, November 6, 2018

Kuih dangai


 
 semasa pergi terengganu, kami singgah cuci mata kat pasar payang dan terbeli lah acuan untuk kuih dangai ni... kuih pebret kalau jumpa kat pasar malam pasti jer nak membelinya. suka dengan aroma kelapa parut yang dibakar garing tu, lemak manis. sedap sangat. dan bila dah ade acuan tu berkobar2 lah nak merasmikan nya... tapi sbb belajar tak habis, maka kejadian kuih dangai ni tak semenggah lah... pun begitu rasa cukup untuk menepati selera kak rose. apa lah ade pada rupa kan... dan bila dah habis buat barulah baca semula cara nak bakar kuih tu.... oh la la... begitu jauh beza. macam langit dan bumi kejadian kuih kak rose dengan yg sepatutnya...😜😜

 jom tengok resepinya...

Resepi Kuih Dangai
 
Bahan2: (Untuk 3 keping Kuih Dangai menggunakan acuan di atas)
1 cawan kelapa parut (lebih sedap yang putih sahaja)
1/2 cawan tepung pulut
2-3 sudu besar gula pasir (boleh lebih)
Secubit garam
Sedikit minyak untuk disapu pada acuan.

Cara Membuatnya:

1.Kelapa parut digaul bersama dengan tepung pulut dan garam
   sehingga rata. (Gaul apabila hendak membakarnya)
2.Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
3.Satu bahagian hanya kelapa dan tepung pulut sahaja(A)
4.Satu bahagian lagi ditambah dengan 1 sudu besar gula
   dan digaul rata(B)
5.Panaskan acuan dan sapu sedikit minyak. Guna api kecil.
6.Masukkan campuran A ke dalam lubang acuan sehingga habis.
7.Masukkan pula bahagian B dan ratakan. Tidak perlu tekan.
   Taburkan gula pasir di keseluruhan bahagian adunan tadi.

cara kak rose yang tak habis baca: gaul semua bahan dan bakar, dan itulah hasilnya...
pinjam gambar dari cik google: sepatutnya cam ni lah cara nak isikan acuan tu... huhu. kena cuba lagi nih!

No comments: