Asalamualaikum dan selamat pagi...
Salam hari minggu buat semua... hari ni kak rose nak kongsikan camner nak rebus telor yang tak melekat kat kulit dan bila kupas sangat lah cantik, halus mulus kejadiannya. kak rose dapat petua ni dari perkongsian di wall fb. dan bila buat menu nasik lemak untuk majlis bacaan surah Al-Kahfi kat rumah kak rose pun cubalah petua yang dikongsikan tu... Alhamdulillah memang menjadi. terima kasih pada yang tak lokek dengan ilmu dan petua tu... kak rose kongsikan kat sini pulak untuk yang ingin mencubanya ya...
1.
Basuh telor dan masukkan dalam periuk. Tak perlu
tunggu air mendidih baru masukkan telor
2.
Masukkan sesudu garam dan sesudu minyak dalam
periuk tadi
3.
Rebus lebih kurang 10-15 minit atau hingga air
melegak
4.
Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk
hilangkan panas. Bila dah suam boleh la kupas
dan ni kak rose hidangkan sebagai dayang pengiring untuk nasi lemak bersama timun, sambal tumis udang kering dan ikan bilis bersama kacang tanah goreng. dan petua untuk membelah telor supaya jugak halus mulus tu kak rose guna kan benang sebagai pemotong. tapi sayang cuma ada gambo yang duk dalam mangkuk jer. tapi memang tabik lah sapa yang bagi petua tu.. terima kasih sangat2...
Terima kasih atas perkongsian peyua ini...
ReplyDeleteSelamat berhari minggu
Sama2... terima kasih juga kepada yang kongsikan petua ni.
ReplyDeleteCara rebus tu sama, cuma sy tak masukkan minyak. Lps siap rebus kena cepat2 buang air panas tu & gantikan dgn air paip. Kalu biar aje dlm air panas & tggu sejuk baru kupas tu nt melekat isi telur dgn kulit
ReplyDeletesalam sis, saya pun selalu guna tips ini.Cuma saya tak letak minyak.Kalau nak telur rebus masak sedang elok, rebus sekitar 7 minit sahaja.warna Kuning telur pun cantik je nanti:)
ReplyDeleteterima kasih dengan perkongsian cara2 nak rebut telur ni kak :D
ReplyDelete