tulang yang dah lama sangat terbiar keras kejung dalam freezer tu baiklah kita transformkan dia jadi sup yang sedap nih. masa bli mmg beria nak masak tapi bila dah simpan, teruslah biarkan dia bertapa dalam freezer tu. so dihari minggu yang rajin sementara ingat esok pulak air kena catu, baiklah masak untuk hidangan tengahari... sllu hujung minggu asik malas jer, hari sabtu pun tapau je lunch kami!
resepi kak rose amik copy dari kak hanieliza, mekasih ya kak. dulu dah buat dan ni pun guna resepi yang sama....sedap weh. just nasi n sup tulang ni, dan paling tak lupa sambal kicapnya.
SUP TULANG
Bahan-bahan
1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
(kak rose lupa la pulak nak tabur!!!!)
air secukupnya
Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam
Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
lemak yang begitu banyak.... masuk dalam fridge kejap, bila dah beku kaut n buangkan...
Cara membuat
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut.
(20 minits jer guna pressure cooker)
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.
so makan lah denga rasa tak bersalah sebab dah buangkan lemak2 tu....
3 comments:
Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
semalam pon mak masak sup tulang. tapi untuk masak mee sup hihi
sup tulang...sedapnyer, lama tak buat.
ooo cam tu yer nk buangkan lemak dia.
sy bw sini dan follow :)
http://sweetmemories4u.blogspot.com/
Post a Comment