resepi pengat pisang mudah kak rose cnp dari blog MaDiHaA, mekasih ya..
Pengat Pisang Bersagu
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
1 sikat pisang (apa2 pisang yg sesuai spt pisang nipah, sematu, nangka, abu dll)
3 cawan santan pekat
1 cawan air/santai cair
1 1/2 sudu besar sagu biji halus ~ basuh di air paip menggunakan penapis sebelum digunakan
gula merah secukupnya (anggaran 1/2 cawan ~ ikut manis sendiri)
1 helai daun pandan ~ cuci bersih & simpul
secubit garam
Cara2
1. Masak gula merah bersama air/santan cair hingga larut. Ketepikan dahulu.
2. Pisang dipotong serong ikut kesesuaian.
3.
Jerang santan bersama secubit garam & daun pandan. Pastikan
sentiasa dikacau supaya tak membuak. Masukkan biji2 sagu yang dicuci
dengan memperoikannya. Kacau sentiasa sehingga biji sagu nampak agak
jernih sedikit.
4.
Masukkan pisang yang dipotong dan terus masak hingga biji sagu jernih
sepenuhnya. (pastikan tak berhenti mengacau2 kuah supaya santan tak
berketul2). Akhir sekali tapiskan air gula merah ke dalam periuk &
masak seketika. Jika nampak terlalu pekat boleh tambah air masak &
terus masak lagi hingga mendidih. Sedia dihidangkan suam2 atau sejuk.
2 comments:
Berpanjangan sedekah tu kan kak rose ;)
Alhamdullilah, rezeki dari kampung, kita kongsikan sama2...
Post a Comment