.
😁 Simpan segalanya diam-diam.
.
😪 Hidup yang ceria menjadi kelam.
.
😪 Mungkin terlupa mencari ketenangan di sepertiga malam.
.
😊 Kadang rasa tak mampu bertahan.
.
😔 Langkah kian perlahan.
.
😢 Air mata tak tertahan-tahan.
.
😭Mengalir laju tanpa kehendak tuan.
.
☺Seriously, hati kita ini bukan kuat mana.
.
❤Kalaulah doktor bedah keluarkan hati kita, kena pijak hancur kot.
.
👉🏻 Tapi, inilah, istimewanya hati, Allah letak di dada.
.
😊Agar dekat sentiasa dengan tuannya.
.
😊 Hadiah terindah Tuhan buat hambaNya.
.
☺Pemilik segala rahsia juga jiwa.
.
😊 Senyum.
.
😌 Feel blessed kan? :)
.
😪 Jangan bersedih dengan ujian Allah,
.
🌹 “Ingatlah, yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat untukmu. Percayalah, andai bahagia itu bukan milik kita di dunia, Allah pasti menyimpannya di sana, kerana DIA tidak pernah menzalimi hambaNya”🌹
.
☺Walau apa jua, terimalah seadanya. Allah terlalu sayangkan kita.
.
😌 Kena ketuk dengan ujian sekali sekala apa salahnya.
.
😌 Terima saja. Terima saja.
.
☺Dunia bukan tempat untuk orang manja.
.
😌 Dunia menjadi ladang untuk kita membenih pahala membaja jiwa dengan segala cintaNya.
.
😊 Untuk apa?
.
Untuk pulang ke tempat asal kita.
.
Mana?
.
Syurga sayang.
.
Syurga.
.
😏 Hmm.
.
😏 Kita yang muda-muda ini dah merengek macam-macam kat Tuhan, mintak Tuhan mudahkan jalan.
.
😏 Kau pernah fikir tak ujian apa pakcik tua umur 40 tu dah berdepan?
.
😏 Huisshhh, dah berlori-lori agaknya ujian.
.
😏 Sebab itu, orang tua-tua umur 70 tahun larat lagi nak bangun malam, dating dengan Tuhan.
.
☺Something yang jarang-jarang orang muda lakukan.
.
👉🏻 Ingat ini.
.
Pesan pada diri.
.
Pesan pada hati.
.
Kita bakal punyai suami.
.
Kita bakal punyai isteri.
.
Kita bakal punyai generasi sendiri.
.
Anak-anak yang bakal lahir dari rahim kita ini.
.
Anak kecil itu bakal punyai abi, bakal punyai ummi.
.
Adakah kita dah sedia wahai diri?
.
Berdepan ujian yang lebih besar nanti?
.
Jangan sampai kita menyesal bila dah tua nanti.
.
Menyesal dah tua okay lagi.
.
😌 Kalau dah sampai masa Izrail menjemput diri sekarang ini, mana nak lari?
.
😊 Mana nak lari?
.
Kembalilah, raih Ilahi.
.
Baiki diri. Baiki hati.
.
🍁 Benar, kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan.
.
🍁 Tapi percayalah, suatu saat kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya. Percaya dan terus percaya.
2 comments:
Indahnya kata-kata nie....sangat terkesan..terimakasih berkongsi disini
Bagus perkongsian entri ni. PH pun ambil maklum, kena baiki hati dan diri. Kadang2 payah kerana banyak cabaran.
Post a Comment