Bahan-bahan
meatball jenama Marina secukupnya
rebuskan bebola tu, pas tu goreng sekejap jer, rasa bebola tu lebih lembut dan juicy
kentang wedges goreng secukupnya
brokoli dan carrot - celurkan.
Sauce Gravy
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam (kak rose omit this one)
1 sudu gula
serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging
Cara penyediannya
1- Cairkan butter guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. jgn sampai garing.
2- Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3- Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy. Kcau rata dan biar sampai mendidih.
4- Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dgn garam jika terasa tawar.
Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
5- Kacau
sebati. Tutup api, blender gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam
periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih,
tutup api dan tuang atas meatball. yummy!
marina beef ball yang kak rose guna...
No comments:
Post a Comment