Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, May 16, 2018

Cara solat terawih dirumah

Jom mulakan... entry lama untuk ulangkaji....


Asalamualaikum dan selamat berpuasa pada esok hari kepada kawan2 semua... dan malam ni jom la kita mulakan solat terawih... dan buat kita, kaum wanita adalah lebih afdal kalau buat dirumah saja... sehari sebelum menyambut puasa kali ini kak rose diserang dengan demam dan very bad runny nose. rasanya awal2 ni tak dapatlah nak join bersama2 solat terawih dimesjid seperti tiap2 tahun tu...hati sangat eager to go, tapi takut pulak berjangkit kat jemaah yang lain kan.... so, buat jer lah dirumah. walaupun bersendirian, tanpa rakan2 dimesjid bukanlah jadi masaalah kan...
kak rose repost cara solat terawih bersendirian dirumah, untuk rujukan diri sendiri,  maklumlah setahun sekali kan...


As-salam..
 

Cara solat tarawih bersendirian dirumah
Bijaksananya Allah swt.. wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar..

Selain menghindar diri dari fitnah,  wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih...sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, meh tengok caranya..

 
Cara Solat Sunat Terawih Bersendirian Di Rumah

Niatnya  :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

 
Bilangan rakaat suka hati.. buatlaa yang termampu.  Paling ringkas buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
 

NOTA:
Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)
 

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
 

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

 
Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

 
Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

 
Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
 
semuga kita semua dapat menjalani ibadah dibulan ramadan ini dengan tenang  dan mudah, Insya Allah.
Selamat menyambut Ramadhan AL-Mubarak untuk kawan2 semua...

No comments: