Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, January 13, 2018

Sira pisang mudah

sira pisang mudah kelantan style.. maklumlah baru balik dari kelate, so makan pun nak yang ada rasa2 kelate gitu... sira pisang ni sangat mudah buatnya dan bahan pun sangta minima... cuma perlukan pisang, gula dan air jer.. kalau nak, boleh jugak bubuh bunga cengkih untuk kelainan rasa sedikit. bahan pun agak2 jer ya, pependai lah nak adjust dengan selera sendiri... hihi

Bahan-bahan:

Pisang masak
Gula
Garam
Daun pandan
Air
Bunga cengkih (optional)
Pewarna kuning (optional)

Cara-cara:

1. Buang kulit pisang - belahkan
2. Masukkan air, gula, daun pandan dan sedikitttt garam dalam periuk - masak dengan api sederhana
3. Bila bahan di atas dah mula mendidih, masukkan pisang
4. Masukkan sedikitttt pewarna kuning
 5. Masukkan bunga cengkih
* Sekuntum dua jer, jgn banyak nnti menyengat rasanya. *taknak bubuh pun takper, dah matikan api, keluarkan semua bunga cengkih, supaya rasa dia tak terlalu kuat.
5. Dah nampak pisang agak layu dan warna kuah dah berkilat, boleh matikan api. Siap.

1 comment:

Norlaili A Wahab said...

mudah, cepat, pisang pun ada ni ha.... ;)