Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, January 5, 2018

Bubur merah putih

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua... dah bekpes apa agaknya pagi ni ya... kak rose pepagi dah makan oats n nescafe kosong tanpa gula macam biasa lah... tapi hari ni hari jumaat, so bekpaes pas ni adalah sangat heavy dan banyakkkk... lepas mengaji Al-Kahfi sudah pastinya akan ade menu yang best2 dari tuan rumah... dan jugak segala kuih muih buah tangan dari kawan2 yang datang... memang tak lepas peluang lah... macam nak makan untuk pagi sampai petang gamaknya!
apa pun nak kongsikan resepi bubur merah bubur putih yang kak rose masak bebehari lepas... saja teringin nak makan bila terpandang entry lama CMG pasal bubur nih.. tekak dan mata yang tak boleh nak tengok menu sedap2! jahat kan mata nih!

 
BAHAN-BAHANNYA :-)
 
250 gram pulut susu, cuci dan rendam sekejap (anggara 30 minit)
3 cawan air
1 cawan pati santan
1 helai daun pandan
4 - 5 camca besar hirisan gula melaka*
1 - 2 camca besar gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
Garam secukup rasa
Air jika perlu
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras pulut, masukkan ke dalam periuk bersama2 air dan daun pandan, Masak dengan api kecil hingga pulut kembang. Kacau sekali sekala. Kemudian tuang pati santan dan kacau rata dan biarkan mendidih sekejap.
  2. Cedok keluar kurang lebih 3/4 cawan dan masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati (hingga terasa lemak2 masin). Bakinya masukkkan air gula melaka, kacau rata dan masak sekejap hingga mendidih, kalau kurang manis, anda boleh tambah sedikit gula lagi. Tambah air jika terlalu pekat. Matikan api.
  3. Cedok secukupnya bubur merah ke dalam mangkuk sesuai, kemudian sudukan sedikit (atau secukupnya) bubur putih atas bubur merah. Hidangkan segera....Selamat mencuba!!.

No comments: