resepi sambal kicap, kak rose amik dari tulip77, tapi pepandai la nak adjust ikut citarasa sendiri kan..
Bahan-bahan
- 200g cili api hijau (kak rose guna sket jer, x tahan pedas!)
- 1 botol kicap manis cap kipas udang
- 2 labu bawang putih
- 4 senduk minyak
- 1/2 st garam
- gula secukup rasa
- 1/2 cawan air (kak rose omit yg ni... guna kicap sepenuhnya)
Cara-cara
- Panaskan minyak,goreng bawang putih hingga kekuningan,angkat dan ketepikan.
- Dalam minyak yg sama, goreng cili api hingga masak. Peringatan : kuali mesti ditutup semasa goreng cili api sbb meletup2 semasa digoreng. Lepas 8-10minit atau hingga cili api tdk meletup lagi,boleh lah diangkat.
- Biarkan sejuk seketika. Kemudian ambil bawang putih dan cili api yg telah digoreng tadi utk diblend. Masukkan juga garam,gula,kicap manis dan sedikit air.
- Rasa masin & manisnya,adjust mengikut kehendak masing2. Air perlu diagak2 jgn terlalu byk jika tidak sambal kicap jadi terlalu cair.
- Disimpan di dalam balang kaca di dalam peti sejuk utk tahan lebih lama. Sedap makan dengan pisang atau keledek goreng dan juga soto.
1 comment:
sambal kicap makan dengan apa pun sedpapp je kakrose tambahan dgn cucoq pisang niiii
Post a Comment