Salam bulan February dan selamat berhujung minggu dan selamat bercuti panjang buat kawan2 yang bertugas di KL.... cuti yang back to back membuatkan lebuhraya dan R&R pun sesak... pagi semalam kak rose bertolak dari KL seawal jam 5.30am, sbb nak elak heavy traffic kat highway... dan bila singgah untuk solat subuh di rnr Tapah, punyalah ramai orang dah, paking pun penuh... berderet kereta hingga ke petrol stesen.... dan surau jugak sangat penuh...seakan balik berhariraya pulak rasanya! ramai warga kota memenafaatkan cuti panjang untuk keluar dari KL agaknya ya...
dan bila dah balik awal,sampai dirumah lebih kurang pukul 11, rehat2 sekejap dan siapkan untuk masak tengahari pulak... kesian anak bujang dan kawannya yang dah kena tinggal....jemu makan kedai jer...asik2 nasik mamak line clear, so kali ni nak mama masak pulak...masak pun apa yang ade dalam fridge jer...jadilah lauk untuk lunch kami empat beranak.... siakap tiga rasa dan peria goreng dengan udang. meh kak rose kongsikan resepi ikan tiga rasa tu kat sini...
Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air
Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram
Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula.
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.SIAP!
No comments:
Post a Comment