resepinya kak rose kopi dari sini, mekasih ya kongsikan...
Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam l
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok (aku pakai jugak kuning telur, Malas nak asing2)
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam
Cara-cara
kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah
bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik.
Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut
dengan kentang. (Aku gaulkan je dalam bekas besar)
Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi
satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
Hidangkan panas² bersama sos cheesy wedges, thousand island & mayonis.
2 comments:
aduh kakrose, ini boleh mendatangkan marah ni hahaha wedgesss fav anak2 dan mak anak2 ni huaaaaaa
sabo je la Noor... kak rose pun nak marah pada diri sendiri abb makan tak leh berenti!
Post a Comment