kak rose masih guna resepi yang sama dari cha@myr, mekasih ya dan kak rose kongsikan sekali lagi ya...
Bahan-bahan
- 2 cwn nasi
- 2 cwn tepung gandum
- 2 cwn tepung beras
- 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
- 3/4 cwn gula
- 2 1/2 cwn air
- 1 sudu kecil yis (mauripan)
- kelapa parut dgn sedikit garam (kak rose makan cicah serunding. ada bran?)
- blend nasi dan air sehingga hancur.
- setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
- dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
- selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
- perap selama 3 jam.
- masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
- hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!
1 comment:
Kak Rose dah smpai ni..bleh la hidang apam beras tuh..
Post a Comment