Saturday, March 23, 2013

Apam beras.... lagiiiii

 apam beras lagi dan lagi dan lagi..... buat untuk minum petang dulu semalam lagi. kalau ada nasi berlebih jer mesti teringat apam ni. dan kebetulan pulak yeast yang kak rose bli buat apam kentang ari tu mmg ada lagi, takut kalau biar lama nnti dia dah x aktifkan, so buat lah apam beras ni... banyak kali buat dah tapi nak jugak tepek kat sini. kali ni kak rose buat mmg kurangkan gula dan makan dengan serunding kelapa. tapi lupa lak nak amik gambo tengah mencicah tu!

 kak rose masih guna resepi yang sama dari cha@myr, mekasih ya dan kak rose kongsikan sekali lagi ya...

Bahan-bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam (kak rose makan cicah serunding. ada bran?)
Cara-cara
  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

1 comment:

  1. Kak Rose dah smpai ni..bleh la hidang apam beras tuh..

    ReplyDelete