resepi kak rose cnp dari Yatie, mekasih sharekan resepi ni ya, nak jugak kongsikan kat sini pulak...
Lapisan Bawah:
- 1 1/2 cawan pulut
- 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
- sedikit garam
- Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
- Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
- Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
- Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
- **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
- Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis.
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 cawan gula
- 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
- 1 sudu kecil garam
Cara Penyediaan
- Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian (kak rose buat 3 kaler jer)
- Masukkan pewarna hijau, merah, kuning dan purple dlm setiap bahagian.
- Masukkan 1 senduk adunan hijau keatas lapisan pulut tadi dan kukus selama 7 minit.
- Lapiskan pula 1 senduk adunan merah dan kukus lagi selama 7 minit.
- Lapiskan lagi adunan purple dan kukus selama 7 minit.
- Lapiskan lagi adunan kuning dan kukus lagi selama 7 minit.
- (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lagi selama 20 minit ).
- Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik.
- Sejukkan dan bolehlah dipotong.
11 comments:
Cantiknya kombinasi warna dia... lembut menawan! I tertawan!
Aduh nyamannya.... kak rose... cantek pulak talam tu :D
Amie, cantik n sedap taw!
Yatie, meh minum.... eh? dah sampai pd ya?
sedapp nyeee :) lama tak makan kuih ni. kak, santan tu kak perah dari kelapa ke guna santan kotak? hihi maklumla budak baru belajar :D
Nour Aien, santan kotak boleh jer.. tp yg ni kak rose guna santan fresh... perah sebiji kelapa. lemak kaw kaw punya!
canteknya...
kuih kegemaranku..lama tak buat kuih2 mcm ni...maklumlah sejak2 ni kemaruk nak meroti je..rasanya mcm skrng je nak buat.terliur abes..btw tq sudi mencuba resepi ni....cantik kuih K.Rose, lembut je kalernya..
Cantiknyer.. rajin betul melapis.. tun mmg penyakit M tu tinggi sket bila melapis2 nih, mkn je laju.
Cantiknya. saya pasti tak serajin ini utk membuat kuih spt ini. apa apa pun tahniah kerana menghasilkan kuih yg sgt cantik
cantik kalor nya...
udah terliur
Post a Comment