Asalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua yang masih sudi singgah kat dapo kak rose ni. terima kasih bebanyak ya... separuh tahun 2024 dah pun pergi, cepatnya masa berlalu kannnnn
rendang subur pokoknya dan lebat berbuah, masa ni tak tahu nak kutip yang muda putik atau pun yang besar2 tu... so agak2 jer lah sudahnya.. bila dan masak tu rasanya kena amik yang muda2 kot baru sedap dan tak terasa sangat biji dia tu kan.. itu pendapat kak rose lah... kalau salah tolong lah betulkan ya..
fresh from the garden tepi rumah kat kampung...
dan ini lah hasilnya... resepi kak rose ni main campak2 jer asalkan kena dengan selera lah kiranya. tapi kalau nak rasa yang betul bersukat boleh ikut resepi CMG ni. mohon kak rose nak tepek resepinya kat sini. Terima kasih ya
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan terung pipit
1 cawan udang
1/2 cawan jus asam jawa
2 cawan cili kisar
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
- Cuci terung pipit, tumbuk sedikit (sekadar pecah2 sahaja) dan udang dikupas, cuci dan toskan. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan terung pipit tadi. Tambah jus asam jawa dan biar mendidih sehingga terung pipit lembut.
- Masukkan udang dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat dan rasa, jika ok boleh matikan api...Hidangkan bersama nasi hangat.
2 comments:
Kalau kat kampung tu belambak2 ada petik je kan. Rupanya jual kat pasar mahal betul.
Betul tu Cie, x de orang nak hirau. tapi bila tengok harga gini rasa sayang kan..
Post a Comment