Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 15, 2021

Ikan siakap tiga rasa

asal beli ikan siakap asik resepi ni jer la yang terbayang dijemala hambaaa... jadinya memang menu berulang2 jer masaknya sebab tukang makan pun ok jer dengan resepi ikan siakap masak tiga rasa ni... mudah lah tukang masak nak sedaikan kan... dan kisah beli ikan siakap ni, kedai tu tak nak pulak tolong siang buang sisik ikan ni sbb ramai sangat yang sedang menunggu... kalau nak jugak kena lah berbaris panjang just untuk siang ikan ni... so amik je la ikan dan buat sendiri kat rumah, sudahnya macam berperang dengan sisik ikan, bertebaran melayang merata sinki! tapi bila dapat makan ikan masak tiga rasa yang sedap ni, hilang lah rasa nak marah tu kan.. jom lah tengok resepi nya..

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar. Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air 


Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. masakkan juga bahan2 untuk kaler2 tadi
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi