MRO day 24...
meh tengok resepinya...
Bahan2
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 air suam/panas (kak rose guna air suam)
Cara penyediaan:
1. Satukan tepung gandum, yis, gula, minyak, garam dan gaul sehingga berderai-derai.2. Masukkan air panas. Doh agak panas sedikit ya. Boleh uli pakai tangan sahaja.
3. Uli sekejap sahaja sehingga menjadi doh lembut.
4. Bulat-bulat doh sebesar bola ping pong dan perap selama 30 minit.
5. Panaskan minyak (agak banyak).
6. Canai atau leperkan doh yang telah dibulatkan dan masukkan ke dalam minyak panas (goreng sebiji-biji sahaja).
7. Simbah-simbahkan minyak pada permukaan roti hingga naik kembung dan balik -balikkan. Goreng hingga perang.
No comments:
Post a Comment