eh!! rasa macam dah bulan puasa lak kan..
sebenarnya buat ni dah beberapa hari lepas.. bila terasa sangat nak makan, makanya kena lah buat sendiri... lagi2 time pkp ni kan. baru lah puas hati dapat menikmati apa yang kita suka nak makan, cumanya kenalah rajin kan diri.. jom tengok tesepinya..
Bahan-bahan
- Bahan A
- 200g tepung pulut
- 140ml air suam
- pewarna
- Bahan B
- 2 mangkuk santan
- 6 sudu gula
- secubit garam
- 5 helai daun pandan
- bahan C
- 1 liter air
- (kak rose tambah 2 sudu makan sagu biji rebus berasingan, tapis barulah masuk dalam kuah bubur)
- campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
- Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
- Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak dan juga biji sagu tadi...Bubur siap untuk dihidangkan
No comments:
Post a Comment