Bahan-Bahannya :-
Sebiji pisang tanduk yang besar
4 sudu besar sagu biji (direndam sekejap dengan air)
500ml santan
1/2 ketul gula melaka (dipotong kecil supaya senang larut)
2 sudu besar gula
2 helai daun pandan (diikat simpul)
Cara Membuatnya :-
- Dalam satu periuk, masukkan santan, gula, gula melaka dan daun pandan. Masakkan dengan api sederhana. Kacau selalu hingga mendidih.
- Biji sagu yang direndam, dicuci dan toskan. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk. Kacau selalu hingga sagu masak (sagu menjadi biji jernih).
- Akhir sekali masukkan pisang. Kacau seketika hingga pisang masak. Padamkan api dan hidangkan.
1 comment:
Post a Comment