Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua..
selamat datang march... cepatnya masa berlalu kan...
kali ni nak kongsikan pasal masak2 pulak lah ya... jemu kot asik entry pasal lombok jer kan.. tapi ya lah nak jugak tepek kat sini jenjalan dengan rombongan cik kiah tu.. untuk tatapan kemudian nanti.. kalau jemu scroll lelaju, buat macam tak de entry je bolg merapu meraban ni... tapi tak pe, kali ni nak buat entry masak lemak cili api cendawan kukur campur dengan jantung pisang yang kak rose masak beberapa hari lalu... tapi sayang, dengan dua biji cili api dah jadi terpedas pulak buat kak rose... sudahnya post kat whatsapp geng mengaji, ramai jer yang nak nya... so kongsi2 lah ya, rezeki kawan yang sudi tolong abeskan lah gulai cendawan ni... terima kasih kawan..
jantung pisang fresh yang kak rose beli dari tuan punya kebun komuniti kat kawasan perumahan kak rose ni...jom tengok resepinya..
Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Padi
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanye
Satu Piring Cendawan Kukur yang telah dibuang kulit bawahnya dan dibersihkan
sedikit ikan bilis yang ditumbuk kasar (kak rose guna udang kering)
2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kak rose guna 2 biji jer)
1 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor ( tak nak letak pun takpe)
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam
jantung pisang yg dah dicelur - yg ni kak rose tambah.
cendawan kukur selepas direndam dan dah toskan... masa kering nampak sikit jer, bila dah rendam jadi banyak pulak!
caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air serta udang kering tumbuk kasar, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan cendawan kukur dan jantung pisang yg telah dicelur tadi, biarkan seketika, akhir sekali baru masukkan asam keping, sesuaikan rasa, masukkan garam. Kacau selalu.
3. Biarkan kuah mereneh seketika, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, selamat mencuba.
dan masa kak rose tengah siang jantung pisang ni, ada kawan mintak pulak bunga atau putik pisang tu (eh! betul ke nama tu?)... nak buat boleh buat sayur goreng, sedap katanya... mungkin lain kali kenalah mencuba pulak kan...
dan selamat lah jadi rezeki kawan yang sudi tolong abeskan sbb pedassss... terima kasih ya
3 comments:
Kegemaran saya juga cendawan kukur ni kak rose..
Tak sangka Pula boleh campur dgn jantung Pisang..
Skrg saya pun tak boleh mkn pedas..
Tu selalu letak cili padi 5 biji je🤭
Dulu masa gi nanotron singgah juga kat kebun komuniti ni. Beli sayur-sayuran yg ditaman. Murahkan..
yum yum sedapnyaaa.
dah lah memang favourite kak laili gulai lemak :)
PRRROOOOOOMMMOOOOOOOOO!!!!!
PROMO PROMO PROMO....
HAI GUYS AD KABAR GEMBIRA NI BUAT KALIAN - KALIAN YG SUKA MAIN GAME ONLINE
DISINI KITA AD PROMO CASHBACH UNTUK MEMBER KHUSUS BULAN MARET INI LOHHH HEHHE
PROMONYA NI,, EEEEIIIITTSSSSS !!!!!! LGSG SAJA KLIK WWW.FANSBETTING.CO
NAH UNTUK INFO DAN BERTNY" YG LEBIH JELAS SILAHKAN ADD KONTAK DI BAWA INI
WA @ +855 963 156 245
line @ fansbetting
wechat @ fansbetting
bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,
Post a Comment