Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, September 15, 2018

Onde onde keledek

onde onde, buah melaka, kelepong? sama jer kan..

 banyak nama, tapi serupa jer kuihnya.. tapi yang biasa kita sebutnya adalah buah melaka kan.. kali ni kak rose buat dengan campuran tepung pulut dan keledek oren yang direbus dan dilenyak kan... cantik dengan warna asli keledek oren tu.. jom tengok resepinya.. terima kasih otai2 mask yang kongsikan resepi ni.

ONDE-ONDE KELEDEK
sumber: Yatie Memories
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-Bahan
2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning (kak rose x letak, kaler ori dari keledek tu jer)
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2


Cara-cara
Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.

1 comment:

Norlaili A Wahab said...

mak aiii sedap nyaaa…..terliur la pulak. nak kena cari keledek oren ni :)