resepi pegedil daging beger kak rose kongsikan kat sini ya.. resepi ni untuk panduan... sbb kak rose buat dengan dua kilo kentang dan 8 keping daging ramly beger... so pepandailah nak adjust bahan2 tu ya..
Bahan²
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger
Daun sup / daun bawang dicincang _ optional
1/2 - 1 sb tepung jagung
1/2 sudu teh perencah pati ayam Tumix _ (kak rose x bubuh)
1/2 sudu teh Maggi seasoning _ ( x de)
Sedikit serbuk lada hitam
1/2 sudu teh perencah pati ayam Tumix _ (kak rose x bubuh)
1/2 sudu teh Maggi seasoning _ ( x de)
Sedikit serbuk lada hitam
sedikit cili flake- yg ni kak rose tambahkan
bawang goreng - yg ni kak rose tambah
bawang goreng - yg ni kak rose tambah
*** daging beger tu kak rose gorengkan dulu dan kisar kasar guna fp baru campur dalam kentang lenyek
Bahan² A
1 biji telur _ dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng- Basuh dan buang kulit kentang.
- Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.
- Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat ( ketika kentang masih panas ).
- Bila kentang agak suam, masukkan daging burger ( defrost dahulu ), daun sup/daun bawang ( jika guna ), perencah pati ayam, serbuk lada hitam dan Maggi seasoning. Gaul sebati.
- Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng.
- Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2 sb tepung jagung.
- Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.
- Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali ( untuk mengelakkan begedil hancur ).
- Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas.
- Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.
- Angkat dan toskan atas paper towel.
1 comment:
Tak suka bergedil.. tapi bergedil ni nampak sedap.
Post a Comment