Asalamaualikum dan selamat petang ya kawan2.... juadah apa agaknya yang dihidang untuk keluarga petang2 cenggini...kak rose ni buat mana yang mudah2 jer... macam karipap ni memang dah kak rose buat banyak dan frozenkan, so bila nak makan just goreng jer... mudah kerja kan... dan kak rose sangat suka dengan resepi dari Maz ni, sangat rapuh dan tak mudah lemau bila digoreng... dah sejuk pun masih rangup kulitnya dan yang paling penting lengan tak perlu jadi popye nak menguli doh tu... kak rose kongsikan kat sini resepinya ya..
Bahan-bahan
2 cawan all purpose flour
1/2 cawan mentega - suhu bilik
1/4 sudu kecil garam
air peti sejuk secukupnya
Cara:
1. Dalam mangkuk, satukan tepung dan garam. masukkan mentega dan gaul guna hujung jari biar jadi berketul2
2. Masukkan air sikit sikit dan gaul biar jadi doh yang lembut (tak perlu uli)
3. Ambil segenggam doh, tabur tepung secukupnya atas papan canai dan
juga pada doh sikit, canai biar nipis, masukkan dalam acuan karipap.
isikan inti secukupnya dan tuutp kemas...
dan keropok lekor ni kak rose beli masa balik kampung raya hari tu... simpan frozen jugak... memula goreng ari tu keras kejung dan liat jer keropok ni...terus lah simpan dalam freezer, bertambah lah kejung dia dalam tu.... pas tu dapat idea, lepas defrost tu kak rose rebus semula, biarkan sejuk barulah gorengkan... wahhhh!!! kali ni sangat lah ohsemnya...lembut dan dah tak liat dah...rasa rugi pulak bila cuma beli sikit jer! tak per nanti raya haji balik kampung boleh la beli lagi kan...
1 comment:
wuiiiih mantap nih CHEF boleh ane coba ga kayak nya enak nih..
Post a Comment