berpoloh2 bersila kat dapo mengentel butir nangka berkaler2 ni... eh!!! yang biru tak enter frame lak!
lepas dah angkat dari air rebusan... barulah nampak cantik dengan kaler2 tu kan...
Bahan-bahan ( 5 orang )
- Bahan A
 - 200g tepung pulut
 - 140ml air suam
 - pewarna
 - Bahan B
 - 2 mangkuk santan
 - 6 sudu gula
 - secubit garam
 - 5 helai daun pandan
 - bahan C
 - 1 liter air
 - (kak rose tambah 2 sudu makan sagu biji rebus berasingan, tapis barulah masuk dalam kuah bubur)
 
Cara-cara
- campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
 - Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
 - Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan
 




No comments:
Post a Comment