mekasih pada Qasey Honey, kak rose cnp resepinya ya..
Bahan2
(dalam 20 biji)
- 1 cawan tepung pulut
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dengan air)
- 1/3 cawan air dengan 2 titik pewarna hijau
- 1/2 cawan kelapa parut digaul dengan 1/2 sudu teh garam
- 1/2 keping gula melaka/kabung (dipotong kecil-kecil)
Caranya
1. Di
dalam besen saiz sederhana, gaulkan tepung pulut, tepung gandum, air daun
pandan dan air warna sehingga mesra sebati dan tak melekat dijari.
2. Sediakan periuk berisi
air, untuk proses masak buah melaka.
3.
Sementara
menunggu air mula mendidih, canaikan adunan sebesar duit 20 sen dan masukkan
gula melaka yang dipotong kecil, siapkan dalam 4-5 biji.
4. Air dah pun mendidih dan
masukkan buah melaka, kalau dah masak ia akan timbul.
5.
Setelah
itu angkat dan toskan.
6. Pindahkan
kedalam dulang berisi kelapa parut untuk dioleskan.
7.
Okay,
dah siap, maka bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau bila2 rasa teringin
nak makan buah melaka. Selamat mencuba
4 comments:
ooo campur tpg gandum...sy tak pernah rasa resepi yg ini. sy prefer guna keledek + tpg ubi skit
fazianbatrisyia, kak rose pun cam tu gak... tapi x salah mencuba lain resepi kan...
rasanya ilham nama nye sebab pakai gula melaka kot... huhu pepandai je... comel nye buah2 melaka akak ni, cantik!
Sukalah ke rumah maya Kak Rose ni, macam-macam idea timbul bila tengok menu yang disediakan di sini. Anak-anak saya pun suka buah melaka ni.
Post a Comment