Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 6, 2013

Bebola ubi keledek

 salam 28 Ramadhan dan selamat petang semua.... ramai yang dah brada dikampung memasing lah agaknya ya sekarang ni? seronok berada disamping orang2 yang kita sayangi terutamanya kedua ibu bapa dan adik beradik... dan ini juadah berbuka sebelum balik kampung esok pagi.  bebola ubu keledek, menghabiskan stok yang ade, takut nnti tumbuh lagi dalam drawer tu.... meh kak rose kongsikan resepinya kat sini ...

bahan2

  • 2 cawan ubi keledek-rebus&mashed
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu baking powder
  • tepung secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit garam
  • 3 tsb gula (yg ni kak rose tambah)

Cara-cara

  1. Masukkan ubi, BP, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan.
  2. Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
ni kak rose guna keledek yang putih tu, x cantik kalernya kan dan goreng pun nak lekas jer tu yang nampak berjerawat bebola keledek kak rose ni! penah buat guna yg kaler oren tu, n turn out sangat cantik warnaya kat sini.http://seripayaku.blogspot.com/2012/02/bebola-ubi-keledek.html selamat berbuka buat semua.

5 comments:

HomeKreation said...

Salam KakRose. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin dari Along sekeluaga.

saidah said...

Salam kakrose..jom tukar-tukarlink.. saidahipoh@blogspot.com

Kakcik Seroja said...

Cantik je di mata kakcik. Tetiba kakcik teringat pada kesedapan cucur badak. :)

Irfa said...

salam
mcm mana nak buat cekodok jd bulat macam tu?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.