Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, December 14, 2011

Apam pisang

apam pisang yang pucat lesi ni buat untuk minum petang semalam.... walaupun kalernya sangatlah x memikat tapi rasa sangatlah ummmppph! lembut, moist n gebus jer. makan panas2 masa baru turun dari kukusan tu sangat lah heaven nya! apam ni kak rose guna pisang awak yang memang isinya putih, jadilah apam kak rose pucat jer.... meh tengok resepi yang kak rose cnp dari blog Teratak Chetam... mekasih ya dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini lak....

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar) kak rose guna pisang awak
3/4 cawan mentega dicairkan (boleh ganti dengan minyak)
4 biji telor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (kak rose kurangkan jadi 3/4 cawan je... tu pun masih manis, len kali kena kurangkan lg!)
secubit garam

cara-cara

tepung gandum diayak dengan baking powder n soda.
pisang dilecek halus dan digaul dengan garam
pukul telor bersama gula, masukkan mentega cair
masukkan tepung dan gaul rata
tuangkan kedalam loyang yg telah disapu butter
kukus selama 45 minit (kak rose kukus 15 mts je sbb guna cup kecik2)

cara kak rose yg malas: masukkan semua dalam blender kecuali tepung dan blend hingga halus, pas tu baru lah masuk tepung n gaul rata.

nota: kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan juga dibalut dengan kain tutup kukusan supaya wap tidak jatuh kedalam kuih.

walaupun pucat lesi, apam ni sangat lembut, moist n gebus.... tp a bit sweet for me, len kali kena kurangkan lagi gula tu.

1 comment:

liza said...

salam kak rose...apam ni xguna susu atau santan yer...menarik ni...