Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )
- 2 biji telur
 - 1 cawan gula pasir
 - 1 cawan air
 - 1/2 cawan minyak masak
 - 2 sudu besar marjerin
 - 2 sudu susu pekat
 - 1 sudu teh soda bikarbonat.
 - 1 1/2 cawan tepung gandum.
 
Cara-cara
- Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
 - Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
 - Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
 - Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
 - Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
 - Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
 - Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
 
yang ni abang bawak g keja... nak minum petang dengan anak2 buahnya.... kopi buat sendiri ya bang.....
3 comments:
Apam gula hangus ni favorite saya..biasanya saya beli je.. lepas ni bolehlah saya cuba...
cubalah... senang sangat dan sedap lak tu....
Ni kak rose guna loyang berapa inci ya?
Post a Comment