Alhamdullilah kenyang..... sedap sangat.... lunch tadi dengan lauk ni yang kak rose ciplak dari rumah nor67 yang pandai masak tu..... posing pun sebijik macam nor punya.... maklumlah kak rose ni x pandai nak posing2kan udang tu.... jadi kopi je la... jangan marah ya nor dan kak rose juga nak mintak izin cnp resepinyer kat sini
Bahan-bahan
350gm udang ~ saiz sederhana
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional (kak rose x letak sbb yang ada ijo je so tuko ngan cili merah)
Cara
Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng udang hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat. (kak rose buh sikit garam)
Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan udang.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti udang menjadi overcook.
K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn udang dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.
Siap!! dan boleh la menjamu selera ya.............
* kalau sesiapa maless nak kukus brokoli boleh aje masukkan brokoli bersama2 udang dlm kuali.
**K.Nor tambah 1/4 sudu teh lada hitam yg ditumbuk utk membangkitkan rasa lada hitam
sbb bila guna guna sos blackpepper dlm botol ni rasa lada hitam tu tak membangkit sgt kan..
No comments:
Post a Comment