Asalamualaikum dan selamat tahun baru kak rose ucapkan buat semua... rasanya tidak lah telalu lambat untuk diucapkan. maklumlah tuan tanah ni kejap ada kejap hilang macam biskut chipsmore jer kan.. sebenarnya masa tahun baru tu kak rose berada dikampung, uruskan rumah kami yang baru siap pembinaannya.. memang banyak kerja nak kena siapkan, tu yang sampai terlupa kedatangan tahun baru 2022. apa pun semuga tahun baru yang mendatang ni akan membawa beribu kebaikan dan tinggalkan segala kenangan pahit manis tahun lepas tu kan... Insya Allah.
so sempena tahun baru ni meh ler kita cuba resepi baru buat jus dengan peria katak dan apple hijau ni... katanya ni lah petua untuk kurangkan kencing manis, tapi tak pasti lah berkesan atau pun tidak... cumanya kak rose rasa nak mencuba walaupun bacaan glucose kak rose adalah 4.8 jer. tapi bila dah blend dua bahan ni tak lah pahit mana peria katak ni, masih consumable lah kiranya.. jom lah sentiasa jaga kesihatan diri sebab sihat itu sangat mahal harganya.
1 comment:
Cik TK terus terbayang rasanya bercampur pahit. Huhuu... Rupanya peria katak boleh dibuat jus ya...
Post a Comment