Asalamualaikum dan selamat pagi semua...
buat lagi peria goreng rangup ni... memang sedap sangat dan bila makan memang tak boleh nak berenti... tu yang jadi masaalahnya, dah lah sekarang ni tak dapat nak berlenggang mak limah dipagi2 hari tu, mulut pulaknya nak mengunyah tak boleh berenti. camner tu?? dan sepatutnya bulan ni kena menghadap doktor for yearly check-up, tapi makan langsung tak jaga... adhuaiiii la.. jom la tengok cara nak buat peria goreng rangup ni, terima kasih atas perkongsian di fb.
Peria secukupnya...
Bahan salut:
tepung goreng serbaguna bistari perisa pedas
tepung goreng serbaguna bistari perasa original
sedikit tepung beras
** jumlah ketiga2 tepung ni agak2 jer, campurkan supaya nanti kerepek tak terlalu pedas dan masin.
peria yang fresh dari kebun, pemberian kawan dari kebun komuniti...yang lain dah sagat dan ni jer dapat nak amik gambo... fresh n rangup!
Cara:
1. Ambil penyagat dan sagat buah peria yang telah dibuangkan isi dalamnya
2. basuh peria dan toskan, biar kering
3. masukkan peria kedalam bekas (kuantiti untuk sekali goreng), isi tepun dan tutup bekas tadi, goncangkan hingga tepung bersalut rata pada peria
4. panaskan minyak dengan banyak dan goreng terendam hingga garing
5. angkat dan toskan minyak dan biarkan sejuk, simpan dalamm bekas kedap udara untuk kekal rangup.
No comments:
Post a Comment