Bahan Utama:-
- 1 ekor ayam (saiz sederhana)
 - 1 sudu besar kicap cair
 - 1 sudu kecil gula
 - 1 sudu besar minyak masak
 - garam secukup rasa
 
Bahan Kisar:-
- 4 inci halia
 - 3 ulas bawang putih
 - 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
 - 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
 - 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
 - 3 tangkai cili merah
 
Cara Memasak:-
- Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
 - Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
 - Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - kak rose pun ikut cam ni... cepat masak!
 - Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
 - Hidangkan bersama salad dan timun.
 


No comments:
Post a Comment